.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

Selangkah demi selangkah

Assalamualaikum

Lama menyepi. Bukan sengaja mahupun tersengaja. Tapi sikap malas nak meng'update'kan segala cerita membataskan kita bersua. Cakap konon macam retis kan tapi sampai sekarang taktau retis tuh hape. #ehyeke

Okay, entry kali nih sekadar kongsian bersama. Yeah aku tgh tunggu panggilan upu untuk sambung ijazah sarjana muda. InshaAllah kalau rezeki aku akan bergelar mahasiswi. Terasa aku macam over empat puluh lima belas je, sedangkan ura ura result nak keluar pun belum tau bilaa.

Sebenarnya aku nak kongsi hukum memakai setokin. Tapi macam meleret pulak kat atas tuh. Sampai panggilan masuk uni pulak kann. Maaflah ye. hihihii. Okay dah dah takmao lebih lebih lagi nih aku nak kongsi sikt dengan korang. Mungkin ada yang taktau kaki pun aurat seorang perempuan. Mana yang dah tau bagus alhamdulillah nih mana yang taktau meh kita kongsi sesama kay. ;)

Aisyah melaporkan,
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis riwayat Abu Dawud.)
Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Sebenarnya banyak dalil yang boleh kita peroleh tentang aurat kaki. Sebagaimana yang sudah kita tahu kaki nih wajib ditutup tapi bagaimana caranya? Okay kita takboleh nak cakap pakai setokin tu wajib tetapi setokin tuh hanyalah cara untuk kita menutup kaki yang wajib ditutup. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk tutup kaki kita. Alaa macam korang pakai kasut tertutup ke pakai boot ke ataupun labuhkan sikit kain korang tuh. Macam aku prefer pakai sneakers ataupun flat shoes kekadang pun kalau aku rajin aku pakai setokin yang kaler coklat tuh. Bukan nak pakai ikut mood tapi aku tak cukup istiqamah lagi. Sebab tu kita kene perlahan lahan ubah sikit hidup kita dalam soal pemakaian walaupun bukan secara drastik tapi atleast kita lakukan daripada dah nampak tapi tidur je kan.

Aku bukan berniat nak singgung mana mana pihak. Tapi semua nih peringatan sesama kita bahkan untuk diri sendiri jugak. Siapa tahu dengan perubahan yang kita lakukan ini akan adanya nikmat yang kita tak pernah jangka. InshaAllah.

ps ; sedang belajar menjadi lebih baik. Doakan ye ;)