.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

Mom, you're number one for me ;)

Assalamualaikum

Bismillah. Semalam punya cerita tak habis lagi. Tapi cukuplah kannn birthday aku semalam je tapi hari nih birthday seseorang yang sangat istimewa bagi aku dan family kitorang. Kejap! macam skema gilaa pulak ayat aku nih. Aku nih pun kalau dah tau ayat nih skema pergi tulis kenapa kann. *mata keatas mulut senget*

Okay okay, hari nih giliran ibu pulak yang sambut birthday plus hari ibu sekali. Hihihi meriah tak meriah birthday ibu kitaa tahun nih. -_______- 

Ibu, ibulah yang terbaik dan paling baik. Susah senang ibu kami yang rasa. Eh yeke? Tapi ibu takpernah merungut. Kitorang selalu mintak itu ini tapi ibu takpernah melarang malah dapatkan untuk kepuasan kitorang. Kenapa teruk sangat anak anak ibu nih? Tapi kasih ibu itu buatkan kitorang sayang sesangat dengan ibu. Yeah kitorang sayang ibu. Mohon ibu mengalirkan airmata saat baca warkah ini.

Ibu, hari ini genap umur ibu errr empat puluh berapa ehh? lupalah. Tengok, anak ibu nih lupa umur ibu berapa tapi ibu takpernah lupa umur anak anak dia. Kalau ibu tau hal ini sudah pasti ibu senyum dan berkata "takpe tuh tandanya ibu nampak muda sebab tu sampai boleh lupa umur ibu". Yeah ibu pernah cakap macam tuh suatu ketika dahulu. Riak muka nampak gembira tapi aku tau ibu sedih barangkali.

Ibu, kalau nak dibandingkan pengorbanan kitorang terhadap ibu rasanya besar lagi pengorbanan yang ibu jalankan terhadap kitorang. Okay ayat keling. Tapi ibu tetap teruskan pengorbanan itu untuk melihat kebahagiaan hidup anak anak ibu. Menyediakan makanan yang sedap sedap tanpa pertolongan kakak(aku). Yelah anak ibu sorang nih pemalas tahap maksima tu pasal takpernah nak turun dapur tapi sekali masuk dapur habis semua makanan nak dimasaknya. Rasanya kakak takperlu huraikan pengorbanan itu sebab tiada galang gantinya kann ibu? Tapi dekat sini bukan ibu sahaja yang berkorban tapi ayah turut serta tapi kitorang sikit pun tak hargai. Barangkali kitorang tak rasa lagi hidup berumahtangga. Ehh?!

Jadi, sempena Hari Kelahiran Ibu yang ke 4_ kakak nak ucapkan selamat hari lahir kepada ibu. Kakak selalu mengharapkan Allah sentiasa memberi kesejahteraan hidup kepada ibu, di panjangkan umur serta ibu sentiasa bahagia dan takpernah penat layan kerenah anak anak ibu ini. Dan terima kasih besarkan kakak dan adik adik lain dengan penuh kasih sayang malah sentiasa turut kehendak kami. Percayalah kehadiran ibu dalam hidup kitorang tiada siapa yang dapat ganti. Lagi satu sorry kek semalam tersangat simple tapi lega bila ibu cakap kek sangat sedappp! I'm touchy. Okay ibu kalau baca mohon jangan menangis sebab nanti kakak turut menangis. Tsk.tsk.tsk.  


Sebenarnya aku taknak taip pepanjang cenggini tapi entah kenapa berjela pulak. Aku sensitip cakap pasal ibu sebab tuh kekonon letak ayat gelabah dekat text atas nak tutup rasa sedih. Cehh macamlah korang nampakkan riak muka aku sekarang acane. 

Akhir kata, Selamat hari lahir dah Selamat Hari Ibu. Kakak sayaaaangggg ibu dan sebagai itu kakak dedikasikan lagu nih untuk ibu, Number one for me by Maher Zain.