Kawan,
Aku mungkin bukan yang terbaik untuk kau,
Aku mungkin bukan seperti yang kau sangkakan,
Aku hanya manusia yang banyak khilafnya.
Kawan,
Mungkin kau rasa aku dah cukup baik untukmu,
Mungkin kau rasa aku punyai apa yang kau perlu,
Tapi kau silap, aku bukanlah manusia yang sesempurna seperti yang kau inginkan.
Dahulu kau pernah ingatkan aku tentang Dia,
Dahulu kau sentiasa berkongsi ilmu yang satu bersama,
Aku hargai, syukur kerna punyai kawan seperti kau,
Tapi itu semua dulu,
Mungkin aku yang salah cipta perkenalan ini dan gantung tanpa bertali.
Pernah aku suarakan bahawa dalam berkawan jangan meletakkan apa apa harapan,
Masihkah kau ingat?
Mungkin aku leka,
Mungkin aku lalai,
Lalai dengan perkenalan yang tiada perhitungannya,
Sehingga aku lupa untuk mengingatkan engkau tentang hal yang 'satu' itu.
Kawan,
Izinkan aku luah yang terpendam dalam hati ini.
Aku mula sedar,
Sedar yang diri ini banyak sangat dosa,
Dosa yang tak terhitung nilainya,
Tanpa sedar lagha sana sini,
Aku takut, takut jika amalku tidak diterima,
Aku ingin menjadi golongan yang pertama tatkala kaki melangkah ke titian al-thirat.
Jadi, dengan cara berdiam diri mungkin jalan terbaik,
Maafkan aku andai kau terguris dengan cara aku,
Maafkan aku andai kau terluka dengan tingkah aku,
Maafkan aku andai kau kecewa dengan sikap aku,
Aku ulang sekali lagi, aku tak sempurna seperti yang kau sangka.
Kawan,
Maafkan aku.
Di sini, ingin aku tegaskan kita berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Kita menganut agama yang sama iaitu agama Islam. Kita berpegang kepada syariah yang sama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kita bakal menginap di alam yang sama iaitu Alam Barzakh.
Jadi, tiada apa yang membezakan kita cuma, yang benar benar membezakan kita ialah IMAN. Jika kau cakap taraf hidup yang membezakan kita, sedarlah bahawa segala yang kita miliki di dunia hanyalah pinjaman daripada Allah. Pinjaman yang sementara ini sebenarnya tarbiyah daripada Allah untuk kita. Fikirkan.
Aku harap kau paham.
Sekianz.