Assalamualaikum
Pagi yang gelap kini sudah terang. Woi bangun subuh! Okay ayat tu untuk aku. Bukan engkau mahupun kamu yang terbongkang atas katil. Setiap pagi dikejutkan bangun subuh. Wajib aku eh bukan aku je tapi kita semua sebagai orang Islam laksanakan tanggungjawab sebagai Hambanya.
Acah acah good.
Pagi nih terciptanya sejarah, aku tak tidur lepas subuh. Boo. Bukan nak bukak aib mahupun hijab(apa kene mengena) sendiri tapi kenyataannya aku pasti terlelap lepas subuh. Entah dengki apa syaitonnirojim aku pun taktau. Cukup cukuplah mengacau tu. Aku penat. Ingat senang nak layan kerenah kau?
Al-Mathurat dan Al-Manzil kawan baik.
Sebenarnya, niat aku nak belajar pagi. Tapi menyempat pulak menhapdate belog. Apa orang Melayu kata, sambil menyelam minum air. Centuhaa! Acah acah multitasking. Memandangkan carry mark aku dah macam atas pagar je jadi wajib bekerja keras untuk maintainkan pointer. IniSalahSiapa? Tepuk dada tanya dah bekpes ke belum.
Nak kata sem nih memain memang aku memain pun. Biasalah naik pangkat satu tangga. Jadi pra senior kekonon nak jadi taiko. Gelabah kau Wafaa gelabah. Walhal salah diri sendiri yang leka dengan hiburan dan fantasi. Fantasi kat sini maksud aku di alam lain penuh onak dan duri serta rupa yang menyeramkan. Nanti aku cerita lebih tentang hal yang satu tu.
Biasanya, pelajar akan belajar last minute. Camtu jugak dengan aku. Tapi ini kali aku tak boleh macamtu. Wajib kerahkan diri belajar daripada sekarang. Yelah tiket balik dah beli. Eh apa kene mengena? Tak, maksud aku demi Ayah dan Ibu tercinta bersertakan niat kerana Allah aku mahu ulangkaji kasi ummphh sehingga menjilat keputusan tu nanti. Ngerti?
Masa bergerak dengan pantas dan berani cantas aku punya waktu tidur. Takpaham kan. Aku pun takpaham sebenarnya apa aku cuba sampaikan. Jadi, daripada banyak benda lagha aku kat sini baik aku mula study. Rama-rama dah mula berterbangan dalam perut samada mintak biskut lexus ataupun kejadah lain. Nak undur diri aku takde gear jadi permisi ya semua guwe mau uruskan hal seorang pelajar. Hidup Salman. Eh?