Assalamualaikum
Aku tak paham dengan diri sendiri. Aku boleh gelak. Aku boleh sedih. Aku boleh makan. Aku boleh minum. Aku ada six pack. Tak percaya? Nanti aku tunjuk. Aku normal. Macam emkorang. Tapi aku taktau kenapa aku tak paham dengan diri aku.
Aku rasa macam poyo bila taip tak paham diri sendiri. Ini semua poyo. E'elehh kau kenapa wafaa menggelabah ayam kat sini. Nampak tak aku macam poyo. Emkorang mesti pening dah apa aku tulis nih. Okay poyo poyo.
Tak, cerita sebenar macam nih. Ituari aku ada jumpa kenkawan aku. Lokasi dia kat rumah Farah Wahida kenkonon nak jadi Linda(Linda mana aku pun taktau). Habislah mengumpat anak Senah belakang rumah tu. Tak memasal budak tu dapat pahala. Tapi dalam ngumpat ngumpat tu adalah yang tertanya nanti dah grade nak jadi apa. Hamboinya kan! kau sem dua pun tak cecah lagi dah berangan menuju ke depan nak jadi apa. Kenkawan aku memang camnih, tak sah tak berangan ala ala mat jenin moden. Yang menaip nih paling over selalunya. Eh?
Jadi, bila habis huha har har kah kah hak hak sampai terkeluar anak tekak kitorang pun balik rumah. Yelah tak kan nak menginap kat rumah farah pulak dah macam anak merempat gayanya. Alkisahnya bermulalah berangan aku malam tu. Benda nih berlaku sebelum tidur tau. Aku dok pikir jugak jenuh pandang siling, kipas dok pusing nanti nak jadi apa. Bidang yang aku ambik sekarang nih Sains Sosial dan pengkhususan aku Komunikasi. Dekat sini ingin aku tekankan senior aku cakap Komunikasi yang aku ambik nih tidak sama sekali dengan Masscom tu. Ia sangat berlainan. Nak tau apa lainnya tunggu tahun dua baru aku belajar main course aku k. Nanti ahkak wafaa ceghita pada emkorang semua.
Sebelum tu, untuk pengetahuan emkorang semua subjek yang aku belajar sekarang semuanya berkaitan dengan kehidupan sosial, ekonomi negara mahupun luar negara. Hengat senang ke aku nak study teori yang digunapakai oleh Karl Marx, Max Weber mahupun Taib Mahmud. Susah tau. Macam mana ideologi mereka yang kuat bijaksana boleh memutar belitkan pemikiran kita semua. Bukan itu sahaja polygamy itu terbahagi kepada dua iaitu polygyny dan polyandry. Keluarga pulak adanya keluarga exogamy dan endogamy. Elak indomee je. Aku sendiri taktau apa yang aku taip. Brrr.
Setelah pita imbasan aku berputar kembali ke alam nyata, aku mula sedar yang aku perlu berrtindak sekarang. Cita cita itu penting untuk aku bergerak lebih pantas dan maju ke hapadan. Cewahh cakap kemain. Sekarang nih apa yang penting aku nak cuba jadi seorang khalifah yang berguna. Bukan pada ibu bapa sahaja tapi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Gahh! Aku rasakan kalau kita ada cita cita tinggi sekalipun tapi kalau tak bercita cita nak jadi Khalifah yang baik dan berguna di muka bumi ini takde guna jugak. Its not worth at all. Sebab segala yang kita buat nih atas berkat dari Allah swt. Bila kita tetapkan sesuatu lillahi ta'alaa InshaAllah segala perjalanan kita di atas muka bumi ini di permudahkan. Walaupun banyak ritangan tapi itu cabaran dan Allah menduga hambanya mengikut kemampuan kita mengikut level keimanan kita terhadapnya. Allahu.
Dan sampai sekarang aku yakin Allah telah aturkan jalan hidup aku begitu baik dan sangat indah. Subhanallah. Tipulah aku takpernah gagal dalam pelajaran. Sewaktu aku tingkatan 4, subjek matematik tambahan aku sangat teruk dan paling tercorot. Walaupun adakalanya aku mudah putus asa dalam pembelajaran tapi aku bangkit cari kekuatan dan tetapkan dalam hati aku belajar nih kerana Allah Taala. Aku mengharapkan keredhaannya dan aku yakin suatu hari nanti akan adanya cita cita yang terbaik dan bagus yang Allah tetapkan untuk aku. Sekarang nih alhamdulillah pointer semester pertama sangat menggembirakan hati ini macam gambar kat bawah nih. Hikhikhik ; ))
Sampi sini dulu wa menaip. Banyak benda wa nak buat sebab anak anak buah wa semua tak boleh harap. Wassalam. ;)
