.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

Saya kembali dgn semangat baru !

Assalamualaikum

Ya Allah sudah lama tak menaip disini. Entah kemana perginya mood nak berblogging seperti dahulu. Rindu kemain dengan zaman ketika itu. Maaf kalian kerna terpaksa menghilangkan diri beberapa bulan sebelum nih.

Ha kau, intro macam lah semua kenal kau. Macamlah kau nih blogger famous. Come on wafaa, awak tu kerdil je dalam dunia blogging nih. Awak tu takde nama pun dalam kalangan blogger. Yeah Alhamdulillah kalau sedar diri. Hihi takniat nak singgung atau ada unsur perli kat situ okay. Sekadar cebisan tulisan untuk entry kali nih.

Apa khabar semua? Saat aku menaip entry ini aku sekarang berada di perantauan. Sebelum nih aku menaip di Mesia tapi sekarang pun masih dalam Mesia tapi seberang laut china selatan. Macam mana tu? Okay pergi rujuk peta sekarang tengok negeri apa seberang laut china selatan. K melampau sampai macam tu sekali. -__-

Sekarang nih aku dah sah memang sah tak sah lagi sebagai pelajar Universiti Malaysia Sarawak. Walhal dah dekat 3 bulan kat sini baru nak cerita pang pong pang pong. Bukan apa, kekangan masa tak mengizinkan aku cerita awal masa tu. Tapi tapi sekurang kurangnya aku cerita jugak walaupun orang taknak baca. This is so sad. Sad, Wafaa is sad.


Sewaktu kaki melangkah (ececehh gramatis jah) ke negeri Borneo hati ini rasa kosong. Dalam flight lagi asik menangis je. Aku beruntung sebab duduk sebelah tingkap jadi bolehlah cover kekonon tengok view kat luar. Sedangkan aku dok nanges tak henti henti. Sepanjang aku hidup 20 tahun 6 bulan nih aku takpernah berjauhan daripada family. Ingat lagi sebelum berangkat tu cakap kat diri sendiri "aku taknak nanges, aku nak tunjuk dekat family yang aku happy dapat sambung belajar." KONONnya macam tulah tapi ke laut jugak i ollz. Menanges beria. Habis hingus aku sedut siap jilat. Ya Allah apa pengotor nih?

Tapi itu mula mula datang sini. Tapi sekarang alhamdulillah semuanya okay. Unimas tak seperti yang aku sangka. Unimas sangat lawa. Ada tasik boleh main kayak. Ada pusat boling boleh main boling (eh tak kan main pin boling pulak kan). Ada Pavilion boleh beli air laici susu. Ada Cais(pronounce dia macam nih KAIS bukan CAIS tau kasi elok sikit sebutan tu) boleh belajar sampai muntah. Dan ini paling best, tempat bebudak Unimas lepak waktu petang waktu malam ataupun nak hilangkan stress pergi situ. Adaa Jambatan Cinta Mati dimana student boleh bercintaaaaa. Hahah k tak lawak. Tak, biasanya bebudak nak dating pergilah situ mana dah kawen kalau ada problem boleh selesaikan kat situ sambil bagi ikan makang. 

Kalau nak cakap pasal pelajaran setakat ini alhamdulillah semuanya baik. Tapi belajar mana yang tak tensi kan. Aku pun rasa. Apa ingat gua nih robot ke. Lu jangan macam macam kat sini. Eh? Gangster sarawak da keluaq. Ish. Okay aku pun macam pelajar lain yang ada masa stressssss ada masa enjoy tapi kita kene pandai imbangkan semua tu. Aku nak jugak jadi aktif tapi pelajaran tak tinggal. Ha gittew baru boleh dapat Dekan sayang. Dengar cerita kelab Primu nak cari sekretariat untuk exco. Mohon pilih saya ye abam kachak. Hihihi. Sumpah gatal!

Hmm sebenarnya berjauhan daripada keluarga besar gila cabaran dia. Kat sini kalau stress belajar aku call ibu ayah. Dapat dengar suara mereka, Allahu Rabbi gembira sangat. Dapat skype jangan cakap gelaak senyum sampai esok dalam kelas sibuk dok ceghita kat kengkawan. Lepastu ada yang mula cakap "modennya mak kau ada skype, aku takat call je." Dekat sini aku cerita bukan nak tunjuk mak aku moden ke kampung ke apa tapi nak kongsi rasa bahagia tu aje. Mohon janganlah ada yang campak aku kat tasik nanti. Kita kawan hey kita kawan hey.

Dekat sini aku sedaya upaya nak jadi pelajar cemerlang. Baru nih exam midterm, aku serahkan segalanya kepada Dia untuk tentukan kejayaan aku kali ini. Apa yang aku mampu buat sekarang hanya berdoa. Siapa taknak keputusan cemerlang. Tapi kalau takdir dapat keputusan kurang memberangsangkan jalan dia aku kene usaha lebih. Sebab kalimah man jadda wa jadda tu takde siapa boleh sangkal. Nak taknak aku kene lalui.

Rasanya cukuplah dulu sampai sini aku cerita ye. Setakat nih je aku mampu kongsi dengan korang semua. Nak cerita semua baik buat novel kan. Hahaha. Akhir kata dari saya selaku ketua rumah blog She;s KWM ingin mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharam hari Khamis nih. Ingat, tingkatkan resolusi kita semua supaya mendapat Barakallah. Amin Ya Rabbal Al-Aminn.



SubhanAllah keindahan ini milikmu Ya Allah.