.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

Mom Love. Study

Assalamualaikum..

Bilaa ada masa terluang aku taktau nak taip apa. Bilaa sibuk plus pressure memanjang aku ligat nak taip ceghita hot & spicy. Memang macam nih ke manusia atas bumi nih? .___.

Sekarang aku rasa macam wanita yang sudah cukup berjaya. Kerjaya dah ada duet pun dah ada. Cehh macam kerja sekarang cukup bagus untuk aku pinang anak orang. Okay salah sebenarnya, maksud aku sudah cukup untuk mendirikan rumah tangga. *lambaian peace

Ituari semanis kurma ada keluar topik tentang kahwin & belajar. Anak anak muda yang sekarang masih menuntut di Unibersiti pasti terkinja kinja depan tv sebab fenomena kahwin muda dikala ini.


Kalau kau tanya aku jawapan aku ye aku nak kahwin sambil belajar. How sweet kan bilaa kita pergi kuliah sesama dgn suami. Pergi lunch sesama suami. Pergi balik bilik sesama suami. Ohh indah sesangat bila boleh pegang tangan dia tanpa segan silu sebab dia suami kita kan. Kalau pakwe boyfriend crush dan seangkatannya tak boleh sebab bukan muhrim okay. Ha nampak tak bezanya kahwin dgn tidak kahwin? -__-

Well, untuk kahwin di usia yg muda nak nak masih belajar banyak sangat cabaran dia. Kau ingat kahwen sambil belajar macam main masak masak sambil menjahit ke? Kepayahan kau tau tak nak buat kerja dalam satu masa. Bila aku suara nak kahwen sambil belajar ibu cukup membantah. Mana taknya, anak dara dia nih masih lagi bawah umur. Okay tipu, sebenarnya ibu cuma tak yakin dengan kebolehan aku untuk mendirikan rumah tangga di usia yang muda ghemaja nih.

Sebenarnya perkahwinan tak menghalang kita untuk maju ke hadapan. Cuma aturan dan semangat yang kuat tuh perlu ada untuk menjadi isteri orang di usia yang muda. Wehh tak ke bestnya kalau dapat kahwen dengan pakwe yang kita dambakan. Itulah namanya syurga dunia sebab kita bahagia dgn org yang kita sayang. Hamboi kau !

Aku macam rasa topik aku hari nih lebih lebih. Mohon jangan ada yang tangkap sentap bila aku tulis cenggini. Heyy cakap macamlah aku nih condemn mana mana artis kan. Ya ya ya !

Walaubagaimanapun kebaikan yang kita cuba bina akan direstui dan diberkati oleh Allah swt. Insyaallah apa yang kita lakukan kerana DIA akan diberi ganjaran dengan setimpalnya. Insyaallah.

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (32)

Surah An-Nahl: ayat 72