.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

Allah loves us

Assalamualaikum..

I want to live happily. Happy with who I love. Make something to be happy and spent the rest of my life with enthusiasm.

Walaupun macam mustahil nak dapat hidup gembira selamanya tapi kita boleh mencuba untuk mendapatkannya. Tipulah aku tak pernah menangis. Aku rasa setiap perkara yg berlaku yg agak merumitkan hidup aku pasti aku menangis. Cengeng tuh sudah tentu.

Tapi bila di fikirkan secara waras bukan aku sorang je yang ditimpa musibah. Ada tuh lebih teruk daripada dugaan yang aku terima. So kenapa aku taknak bersyukur langsung tapi melalak menagis. Mohon jangan benci aku lepas nih.

Pada zahirnya kesedihan tuh tak salah. Nak bersedih teruskan tapi jangan sampai memudaratkan diri. Adakala kita leka dengan kesedihan tuh sampai boleh menyebabkan diri kita yang sakit. Nak menangis pun tak salah tapi Menangis yang terpuji atau tercela?

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tapi pernah ke kita menangis dalam tangisan terpuji. For sure jarang kita menangis dalam konteks terpuji kan. Aku tak cakap tak ada cuma jarang sahaja. Mohon paham ayat tuh sebaik mungkin.

Rasanya majoriti sekarang kalau bersedih pun sebab putus cinta. Okay memang sakitlah kan bila cinta putus tengah jalan. Tapi perlu diingatkan apa yang berlaku ada hikmahnya. Rasanya takperlu kita nak meraung beria kenangkan kisah cita tuh. Pengetahuan kalian disini bahawa menangis kerana kerana putus cinta tak dituntut dalam Islam. Mungkin kekadang kita tak sedar pun kita menangis dituntut ataupun tidak. Yelah tengah bersedih for sure segala jiwa kita kosongkan.

Setiap perkara ada solusinya. Kenapa kita bersedih diduga dengan dugaan yang berat? Itu kerana Allah swt sayangkan kita. Dia tahu tahap kebolehan umat dia untuk harungi dugaan yang diturunkan. Jadi masa nilah peranan iman tuh penting. Allah nak lihat tahap keimanan kita sejauh mana kita boleh berlari melalui dugaanNya.

Sebagai orang Islam kita ada ubat penawar untuk menghilangkan rasa sedih tuh. Cuba kita berzikir kepadaNya nescaya ketenangan akan datang. Allah pernah berfirman ;



Takpun kita dekatkan diri kepada Allah. Lakukan solat lima waktu solat sunat. Berdoa minta petunjuk. InsyaAllah Allah akan bantu dan makbulkan permintaan kita. Allah tuh TAk keji ye kawan kawan. Mohon lepas nih korg tambahkan sayang terhadap aku. *tetiba -___-

Dan lagi satu HARUSLAH kita ingat bahawa ;

Ingatlah, siapa yang sentiasa di sisimu untuk mengabulkan doa? Siapa yang sudi menerimamu kembali setelah kau datang kepada-Nya dengan banjaran dosa-dosamu? Siapa yang memberikan ketenangan dan kesenangan setelah kau diuji? Siapa yang masih mahu memberikan nikmat kepadamu kadangkala tanpa kau memintanya?

Akal ada boleh fikir sendiri.


ps ; ubah genre kejap.
ps ; btw aku dah start keje dekat klinik gigi. jadi misilah nampaknyaaa -__-