.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

# wishlist 2012 (part I)

Assalamualaikum..

Hari pertama tahun 2012 nih aku nak buat wishlist yang aku pendam selama nih. Hampir nak meletup jugaklah perasaan nih tengok list yang aku pendam tuh. Tapi relax bro ada duet pasti jalan punya. Yeah duit segalanya. Mata pun dah dikaburi dengan $$. Macam mana nih? Okayy mehh aku tunjuk apa yang ada dalam wislist aku tuh. (:

1. Samsung Galaxy S II



Ekceli kalau gadjet macam nih aku tak minat sangat. Aku memang tak hirau dengan henpon dari dulu sebab bagi aku fungsi henpon cuma buat panggilan dan hantar mesej dekat orang yang berjauhan dgn kita. That's why sampai sekarang henpon aku takpernah nak canggih. Tapi bila aku gatal ngorat pacek google tanya pasal Samsung Galaxy S nih aku mula tertarik. Aku rasa macam ehh aku perlu dapatkan gadjet nih. Sebab apa? kaler galaxy nih perhh buat waa cair derr ! Aku sekarang macam pantang betul tengok kaler soft soft nih. Nak je grab terus. Tapi sabar sabar Insyaallah kalau duit ada jalan punya. Tapi samsung galaxy nih baru launched dekat Taiwan dgn Korea. Jadi rasanya dekat Malaysia bila eh? Ataupun dah ada dekat Malaysia nih. Aku perlu dapatkan maklumat lebih terperinci nih. Macam pelik je buat wishlist tapi taktau maklumat terperinci benda tuh. Okehh boooooo dekat wafaaa !

2. Fuji instax mini camera



Ya Allah kalau kene pada camera aku memang gila sesangat ! Sekarang aku nak dapatkan fuji mini camera nih. Yeah dia sangat comel dan mudah aku nak bawak kemana saja. Tapi yang tak bestnya camera nih menggunakan kodak ataupun filem memang khas untuk camera nih. Alaa macam camera dulu dulu kalau nak amek gambar kene beli kodak yang ada 36 keping filem pastu kau pergi cuci sebab nak tengok hasil gambar yang kau tangkap tuh. Tapi tapi mini camera nih takpayah cuci sebab kita akan dapat hasil gambar tu masa tu jugak. Macam instant camera lah. Bila kita dah tangkap sesuatu gambar tuh nanti dia akan keluar gambar tuh dalam bentuk macam besar card credit tuh. Ha seronok kan? Boleh terus simpan dalam wallet kita. Bertambahlah koleksi gambar pakwe kita kan. AHA. Kalau ada pakwe lah. -__-

3. Dapatkan lesen kereta -____- *peace

Okayy sila gelak puas puas. Walaupun umur aku nak masuk 20 tahun tapi lesen kereta pun aku takda. Yeah aku takda LESEN KERETA. Kalau budak sebaya aku dah ada lesen kereta bahkan dah jadi drifter pun. Lepas tuh sengaja tekan pedal minyak tuh banyak kali depan rumah aku seakan akan mengejek aku yang takda lesen nih. Melampau betul ! Aku sebenarnya takut nak bawak kereta atas jalanraya. Ehh memanglah bawak kereta atas jalanraya tak kan atas laut pulak kan. Erm macam nih aku masih takda kekuatan nak memandu kereta. Aku sendiri pun taktau kenapa. Lepastuh aku memang cukup cukup meluat bila orang paksa paksa aku amek lesen. Okaayy pleaselah kalau aku dah sedia sampai serunya aku akan amek jugak lesen. Insyaallah tahun nih aku akan cuba laksanakan.

Nanti aku sambung lagi untuk part II pulak. -,-