Puasa? taaaak sabarnya. Bulan yang penuh barakah. Bulan untuk mengumpul pahala. Bulan yang ada solat tarawih. Bulan yang ada bazaar ramadhan. Bulan boleh main bunga api sambil nyanyi lagu raya. Bulan baling mercun kat pakcik naek motor pergi masjid sampai terkejut (tahun lepas punya cerita). Bulan boleh pasang pelita. Bulan yang macam macam ada yang takde pada bulan selain bulan ramadhan. Okeh paham?-__-
Kedengaran lagu puasa. Ada ke lagu puasa? Alaa yang kumpulan raihan pastu ramai lagi yang nyanyi. Saya taktau tajuk dia. Korang mesti pernah dengar. Rasa tak sabar nak puasa kan. Kalau zaman kecik kecik bila dengar je bulan puasa akan tiba mesti akan cakap macam nih 'alaaa tanak puasa bolee tak? kakak budak kecik lagi'. Pasti ada saje alasan yang diberi. Itulah saya masa kecil. Malas nak puasa. Banyak kali curi curi makan. Awak pun sama kan? jgn nak gebang je lebih. Saya tak suka. -,-
Jadi saya nak ucap Selamat Datang bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan masa nih lah kita perbanyakkan ibadah untuk tambah pahala. Insyaallah. ;)
Ohh btw, semalam saya tengok bola kat Ramal Junction. Tak dapat tengok kat stadium pun takpe lah. tengok kat skrin besar pun bolehhh. Walaupun Malaysia kalah tapi saya tetap tabik dengan dorang. Bertungkus lumus hingga ke penghujungnya. Begitu teruja tengok aksi Khairul Fahmi menghempas pulas menjaga gawang daripada bola ditendang masok goooll daripada pasukan lawan. Terima kasih Apek kerana mengharumkan nama KHAIRUL.