Semua orang ada cita cita. Aku pun sama jugak ada cita cita. Masa form 5 dulu macam macam aku nak jadi. Konon nak apply kat UPU tuh semua course tapi haram satu pun tak dapat. Sedih tapi buat buat cool konon aku dapat sambung A level. Lepas tuh tukar perancangan, pergi selidik course apa yang orang tak ramai pilih. Tanya macek nih course sekian sekian budak budak jarang pilih bunyi memang pelik tapi sebab nak sangat masuk U kan aku pun apply lah untuk kali kedua. Malangnya rezeki aku memang bukan kat Universiti Mesia mungkin di Universiti Oxford tapi dalam mimpi.
Lepas tuh dah buntu sedih kecewa kenapa aku tak dapat tempat kau U tuh. Rasa macam nak bunuh diri je. Masa ni lah baru menyesal tak belajar rajin rajin masa sekolah dulu. Ibu ayah jangan cakap habes di bandingkan aku dengan anak si joyah tuh konon dia dapat pergi london buat form 6. Oke auta je tuh mana ada orang buat form 6 kat london. Adeyh jangan bengap sangatlah wafaa.
Masa tuh aku dah pikir baek aku sambung je masuk ipts. Mahal pun mahal lah yang bayar parents aku bukan aku. *anak derhaka tak kesian makayah. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku tak nak pun masuk ipts. Kawan kawan ada yang dapat masuk matriks, sambung asasi, diploma tapi aku masih terkontang kanting tak tau hala tuju nak pergi mana. Dalam masa yang sama kawan aku ada cakap yang aku dapat masuk form 6 pastu terus bagitau ayah yang aku dapat form 6 dengan 'gembiranya'. ;)
Dulu pandangan aku form 6 nih macam budak budak yang tak ada masa depan campak masuk situ. Tapi tuh dulu ye senior senior. Bila ayah suruh masuk form 6 hati aku tak ikhlas tapi rela. 'Eiyeww aku kene pakai baju sekolah balik '. Siapa yang nak pakai baju sekolah balik setelah sekian lama kau perapkan baju tuh dalam almari sampai bau pewangi hippo si badak pink tuh. Cakap sikit? Tapi nak tak nak aku kene jugak sarung baju putih kain biru tuh.
Alhamdulillah sampai sekarang aku bertahan dan setia pada form 6. Sebenarnya form 6 nih bukanlah hodoh sangat macam macek kau katakan tuh. Form 6 nih bagus ye, pembelajaran kau meluas. Lebih lebih Pengajian Am. Lagipun sistem pembelajaran kita dah macam budak budak U cuma masa je kita masih gunakan waktu persekolahan. Kalau pilih jalan masuk form 6 insyaallah kita ada tempat kau U nanti tapi dengan syarat belajar rajin rajin, fokus bila cikgu ajar kat depan. Kalau kau masih lagi perangai macam budak form 5 sia sia je belajar setengah tahun tuh tanpa apa apa habuan. Kene ingat bila masuk form 6 tekadkan dalam hati nak masuk Unibersiti sambung degree.
Lagi satu masuk form 6 nih banyak cabaran dia. Kuatkan mental dan fizikal. Masa lower 6 boleh lah gurau senda gelak tawa tapi naek upper 6 lupakan tuh semua sebab korang nanti akan rasa tak tidur malam berjaga sampai pagi. Kadang kadang tidur tak cukup sebab banyak sangat kerja yang perlu korang buat. Jangan ingat form 6 nih kerja macam budak sekolah bawah bawah tuh. Nih semua aku dah rasa. Sampaikan ada yang terasa aku asik sibuk je memanjang mengalahkan Imam muda nak buat hafazan. Oke langsung tak kene apa yang aku cakap tuh. Adeyhh.
Dan aku dengar khabar berita tahun nih da mula sistem semester untuk pelajar pelajar form 6 tahun nih. Tapi aku tak tau lah macam mana sistem yang kementerian cakap tuh. mungkin juga macam sistem kat Unibersiti kot. Erm tak kesahlah kan yang penting kalau korang pilih jalan nak masuk form 6 lakukan dengan baek dengan ikhlas jangan sebab korang masuk sebab form 6 nih pilhan terakhir korang. lepas tuh janganlah sedih pulak tak dapat masuk U kat mesia nih. Cool je sebab bila masuk form 6 korang terus sambung degree ye nanti. tak payah nak buat diploma lagi dah. terus degree je tak kan korang tak nak? Anggaran umur 23 kita dah ada degree lepastuh dah boleh kerja tak pun sambung master, umur 25 korang dah sah pemilk master in blablablabala. Nampak tak permainan dia? ;)
So korang janganlah pandang rendah pada form 6 nih okeh. Semua benda ada kelebihan dan keburukan nya. Aku tak cakap yang bidang lain lain tuh tak bagus cuma pandangan aku pada sudut nih lebih menyerlah so tak salah aku kongsi dengna korang kan? ;)
cakapcakap : sayang kau kawan, maaflah kalau aku nih banyak menyakitkan hati korang . ;)