.@kWafaaa.
.Mampu gelak tanpa senyum.
.mempunyai six pack serta muscle berketul ketul di lengannya.

bang bang perang !

lately nih sibuk betul dgn final exam. Aktiviti yg harus disiapkan secepat mungkin, assignment yg bertangguh seperti gunung ledang. Tidur tak cukup lingkaran mata hitam kegelapan da macam ahlong tumbuk sebab tak bayar hutang. Makan tak cukup sehingga badan menjadi sekeping bak papan singgahsana. Okeh cukup , penipuan disitu cukup jelas.

Rakan rakan sekalian, sekarang saya yg bernama wafaa sedang berperang mati matian dalam final exam kali nih. Bukan senang yee soalan yg dikeluarkan oleh pihak atasan, walaupun saya yg hanya berpakaian baju sekolah tapi soalan digubal oleh pihak atsan yg betanggugjawab. Jadi jgn memandang rendah kepada insan insan yg memakai baju sekolah berkain biru ataupun bahasa saintifiknya PELAJAR TINGKATAN 6.

Soalan memang kritikal untuk saya dan rakan rakan teruskan hidup. Mana tak nye, lain yag di baca lain yg keluar. Tapi itu bukan penghalang bagi kami untuk teruskan mencapai kejayaan dalam final ini malah menjadi cabaran bagi kami untuk menggenggam pointer 3.0 ke atas. Insyaalah.

Kesimpulannya, saya berharap keputusan saya dan rakan rakan dapat membanggakan guru dan ibu bapa. Sedemikian daripada itu, saya mengharapkan sekalung doa daripada anda sekalian agar saya dan rakan rakan mencapai kejayaan dalam exam kali ini. AMIN..